Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada pengusaha kedai jahit yang menerima tempahan menjahit pakaian polis dan tentera di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur supaya menghentikan serta-merta kegitan tersebut.
(Laporan Akhbar Kosmo, Jumaat 5 Mac 2010)
Balas Pengusaha Melayu Tersebut
"Saya Tidak Takut Beroperasi"
Pemilik kedai jahit di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam mengatakan yang dia tidak takut untuk terus beroperasi kerana beliau mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Berapa lama saudara menjalankan perniagaan menjahit pakaian seragam polis dan tentera ini? Saya memulakan perniaagaan ini sejak 16 Oktober tahun lalu.
Setakat ini, polis mana yang pernah membuat tempahan di sini?
Saya ada menerima banyak tempahan dari Polis Ampang Jaya dan beberapa anggota daripada lain-lain cawangan juga daripada tentera. Alhamdullillah sambutan amat menggalakkan.
satu lagi situasi untuk menutup periuk nasi rakyat untuk bagi projek kepada kroninya. Alahai menteri, apalah salah si pengusaha kecil ini sedangkan polis dan pasukan tentera yang ingin mendapatkan perkhidmatan beliau. Mengapa pengusaha kecil ini yang harus dipersalahkan sedangkan polis dan tentera yang inginkan perkhidmatannya.
Sungguh jelas pengusahaan jahitan baju kamu tidak memuashati pasukan polis dan tentera.
yang untung kamu dan kroni-kroni kamu juga mengaut keuntungan dan memonopoli perniagaan jahitan baju untuk polis dan tentera.
kesan kepada kroni : dapat projek buat baju
kesan kepada pengusaha kecil : tutup kedai
kesan kepada polis dan tentera : baju selalu koyak,kene bayar elaun baju untuk minta yang baru.
kesan kepada rakyat : negara lebih terjamin kerana isu baju pun menteri nak tutup kedai pengusaha tepi jalan
No comments:
Post a Comment