Monday, March 15, 2010
BN sekat bantuan air selama 28tahun
Jempol, manalah pergi YB umno dan manalah tempat ahli parlimen kawasan ini bersembunyi membutakan mata dan memekakkan telinga daripada menyelesaikan masalah rakyat di bawah kawasan beliau.sudah 28tahun penduduk di Felda Palong 7 dan 8 di sini terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus pada setiap hari.
Berkalan ini terputus dan menyebabkan sebanyak 500 buah rumah tidak mendapat sebarang bantuan dan keperluaan asas tersebut.
malahan, lebih menghairankan masala itu sudah berlanjutan hampir 28tahun dan sehingga kini tiada tanda2 kesusahan penduduk tersebut akan diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah yang rata-ratanya penduduk di sana hanyalah peneroka.
nampaknya, penduduk terpaksa menunggu bantuan air sehingga kempen PRU13 dijalankan..sabarlah wahai penduduk FELDA PALONG,PRU13 PR AKAN MARA KE TEMPAT ANDA UNTUK MENGUBAH AGENDA BN YANG HANYA PANDAI BERLAKON
Friday, March 12, 2010
kehandalan politik BN dalam memanipulasi GST akan menurunkan kadar jenayah negara
dengan adanya GST nanti kita harapkan Malaysia dapat menurunkan kadar jenayah Negara pada peringkat yang paling rendah terutamanya dikawasan Bandar utama seperti kuala lumpur, johor bharu dan Labuan khususnya.
wahai menteri yang bijak sana, meh cni aku nak ajar kamu mengenai ekonomi. Yang pertama anda harus paham maksud GST..ianya bermaksud Good & service Tax yang menggunakan standard piawaian dunia kepada setiap barang tanpa mengira status pendapatan rakyat dan jurangnya. Dengan melaksanakan GST juga, setiap golongan rakyat dan masyarakat miskin juga turut sama terpaksa membayar cukai kepada kerajaan samada ada pendapatan bawah rm500 mahupun seorang petani miskin di kampong. Kajian yang dijalankan juga menunjukkan GST dikatakan memberi impak maksimum kepada pertumbuhan ekonomi umno dan bn akan tetapi adakah kesannya kepada kadar pertumbuhan ekonomi Negara akan meningkat.
Jika benarlah naungan Jin Jib KDNK Negara meningkat sebanyak 6% pada tahun ini mengapa GST perlu dilaksanaka. Sebagai rakyat kami faham, KDNK meningkat bukan dalam 1 tempoh penggal pimpinan parti BN akan tetapi biarlah kita menuju arus pembangunan ekonomi dengan sama rata bukannya mendadak dan kesannya jurang perbezaan ekonomi antara golongan kaya dan miskin semakin jauh.
Tambahan lain, golongan elit di Malaysia ini, sudah terang lagi bersuluh mereka mengamalkan system simpanan di rumah dan di luar Negara. Jadi dimanakah langkah “proaktif” kerajaan untuk memaksa mereka membayar cukai.(ada ke kroni n golongan elit BN bayar cukai)
Berbalik kepada topic asal kita. Jikalah GST itu dilaksanakan tentulah rakyat semakin terdesak. Ini bermakna golongan lepasan IPT yang menganggur juga terpaksa membayar cukai sedangkan mereka masih lagi berhutang dengan PTPTN yang mengamalkan system riba itu. Adakah dengan melaksanakan GST itu kadar jenayah Negara akan menurun Jin Jib?jika itu, pilihan anda memang patutlah semakin hari semakin tinggi permintaan hotel besi dicatatkan oleh PDRM dan Jabatan penjara Malaysia sehinggakan terpaksa membina hotel tersebut dengan guna duit rakyat. Tidakkan kerajaan pucuk pimpinan BN hari ini tidak dapat memikir satu mekanisma yang lebih efisyen dalam merangka strategi untuk meloloskan KDNK Negara pada kadar yang lebih tinggi. Di sini juga jelas kita melihat kelemahan BN dalam mengurus tadbir ekonomi Negara. Apa tidakya, mereka yang duduk di parlimen hari ini sedang sibuk memikirkan cara dan methodology yang paling mujarab untuk mendapatkan kembali majority kerusi di sana.
Bukannya pikir cara nak salurkan duit enjin jet yang dah dijual tu pada rakyat.
Saturday, March 6, 2010
subsidi minyak dibatalkan strategik baru untuk batalkan AFTA
Cadangan sistem baru subsidi minyak dibatalkan untuk keuntungan jangka asa panjang
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik untuk penyaluran subsidi termasuk bahan petroleum, makanan dan infrastruktur.
Cadangan sistem subsidi baru minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu bagi memastikan manfaatnya dinikmati kumpulan sasaran.
Kesan kepada rakyat sangat baik dalam dua tiga bulan selepas itu.
AFT akan dibatalkan (perjanjian perdagangan bebas) untuk menurunkan cukai kenderaan.
Harga kenderaan dan cukai langsungnya akan naik. Rakyat akan bertambah beban untuk membeli kereta sendiri. Pada masa itu pula, Proton Dan Perodua akan bergabung dan menteri-menteri terlibat akan menandatangani kontrak kutip cukai yang baru. Kroni-kroni Umno dan barisan nasional dapat komisyen hasil daripada projek kerjasama tersebut.
Harga Tol Plus akan di nilai semula. Minyak tidak naik tidak apa. Yang lain boleh kita naik kan.
Tambang bas akan naik termasuk cukai perkhidmatannya. Nak cover balik duit pembinaan Pudu Raya.
Harga Teksi maintain Tidak apa. Cukai kepada pemilik kenderaan penumpang awam kita naikkan. Pemandu teksi ubah suai meter. Tipu pengguna. KPDN turun padang siat kes ini. Kemudian masuk paper pemandu teksi menipu. Hasilnya rakyat juga teraniaya. Tapi punca utama masih terletak di pucuk pimpinan.
Kata Dua Menteri
(Laporan Akhbar Kosmo, Jumaat 5 Mac 2010)
Balas Pengusaha Melayu Tersebut
"Saya Tidak Takut Beroperasi"
Pemilik kedai jahit di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam mengatakan yang dia tidak takut untuk terus beroperasi kerana beliau mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Berapa lama saudara menjalankan perniagaan menjahit pakaian seragam polis dan tentera ini? Saya memulakan perniaagaan ini sejak 16 Oktober tahun lalu.
Setakat ini, polis mana yang pernah membuat tempahan di sini?
Saya ada menerima banyak tempahan dari Polis Ampang Jaya dan beberapa anggota daripada lain-lain cawangan juga daripada tentera. Alhamdullillah sambutan amat menggalakkan.
satu lagi situasi untuk menutup periuk nasi rakyat untuk bagi projek kepada kroninya. Alahai menteri, apalah salah si pengusaha kecil ini sedangkan polis dan pasukan tentera yang ingin mendapatkan perkhidmatan beliau. Mengapa pengusaha kecil ini yang harus dipersalahkan sedangkan polis dan tentera yang inginkan perkhidmatannya.
Sungguh jelas pengusahaan jahitan baju kamu tidak memuashati pasukan polis dan tentera.
yang untung kamu dan kroni-kroni kamu juga mengaut keuntungan dan memonopoli perniagaan jahitan baju untuk polis dan tentera.
kesan kepada kroni : dapat projek buat baju
kesan kepada pengusaha kecil : tutup kedai
kesan kepada polis dan tentera : baju selalu koyak,kene bayar elaun baju untuk minta yang baru.
kesan kepada rakyat : negara lebih terjamin kerana isu baju pun menteri nak tutup kedai pengusaha tepi jalan